Saturday, 16 July 2011

3

Dengan adanya pertumbahan blog percuma dengan pesat, seperti Blogger kepunyaan Google, ia dapat memudahkan sesiapa sahaja di dunia ini untuk mendapatkan blog mereka sendiri. Blogger hanya perlu menggunakan templat dan mendaftar satu akaun, memulakan blog sendiri hanya mengambil masa lima minit sahaja dan kemudian anda telah siap sedia untuk membinanya! Jika anda boleh e-mel dan melayari laman web, maka anda boleh mempunyai blog sendiri. Ia sungguh mudah dan yang paling menarik percuma!

Pada hari ini blog diselenggara oleh syarikat besar dan kecil, dan juga oleh individu id serata dunia. Pada masa kini, masyarakat semua peringkat umur boleh memiliki blog sendiri, malah nenek anda juga boleh memilikinya jika dia mahu. Apa yang perlu dilakukan ialah mendaftar akaun Blogger dan mula menaip tentang keluarga, hobi, binatang kesayangan atau apa sahaja yang mahu diceritakan. Blog keluarga adalah merupakan salah satu cara yang baik untuk keluarga yang saling berhubung antara satu sama lain.

Blog merupakan diari secara dalam talian atau buku catatan yang anda gunakan untuk menerbitkan minda anda. Blog juga boleh menjadi laman web rasmi yang memberi maklumat kepada orang ramai tentang apa saja topik yang boleh anda fikirkan. Blog anda boleh menjadi blog peribadi atau blog profesional mengikut kemahuan anda.

Mmelalui penggunaan templat Blogger yang hebat, anda boleh mengubahsuai rupa bentuk blog yang anda inginkan bagi menepati jenis blog yang dimahukan. Anda juga bebas untuk memiliki ledih daripada satu blog dengan rupa bentuk yang berbeza-beza,bersesuaian dengan topik yang tersendiri. Apa yang paling menarik ialah kedua-dua blog peribadi dan blog profesianal boleh memiliki AdSense yang menghasilkan duit untuk anda!

Dalam talian, buat masa ini terdapat pelbagai topik yang dibincangkan di dalam blog seperti topik tentang politik di tempat kerja, politik dunia perhubungan, hidup berjimat, sukan, agama, kehidupan keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan keluarga dan apa saja di antaranya. jika anda berminat dengan sesuatu topik, anda akan menemul sebuah blog tentang topik tersebut. Tetapi, jika anda mencari dan tidak menemui topik yang menarik minat anda di dalam blog yang sedia ada, maka mungkin ia boleh menjaqdi topik yang hebat untuk blog anda sendiri dan membuat duit melaluinya!

2 comments:

  1. sama. saja hari2 tengok muka lu jugak

    ReplyDelete
  2. la bru smpai galaksi...aq dh smpai kt matahari aq....smpai kt tebakar ar....

    ReplyDelete