Saturday, 16 July 2011

blog pertama ku

Add caption
                                                                               Bab 1

 Pengenalan kepada penulisan blog

Apakah sebenarnya Blog ? Cebisan daripada sejarah penulisan Blog


Dengan perkemdangan Internet kepada keadaan yang sedia ada pada hari ini, kebanyakan webmaster mendapati bahawa pengunjung web ingin mengetahui laman web yang mempunyai berita terkini dan sensasi serta mereka tidak mahu pergi mencari sendiri laman web yang manakah yang baru dikemaskinikan. mereka mahukan suatu tempat di mana mereka boleh pergi dan dapat lihat apa yang baru.

Beberapa cerdik-pandai pengatur cara mula menuliskan log dalam laman web mereka yang memberitahu pengunjung mengenai laman web yang telah dikemaskinikan atau yang mempunyai maklumat terkini. log web ini, sepertimana yang dinamakan pada ketika itu, adalah seumpama sebuah direktori tidak rasmi kepada "apa yang terkini" di internet. Akhirnya log web itu dan teknologi yang menggerakkan mereka berkembang dan berubah menjadi kepada blog yang wujud pada hari ini.

Sebuah blog adalah hanya satu laman web yang ditulis padanya berita-berita dalam format yang bersahaja dan kerap dikemaskinikan. Daripada menjadi laman web yang menyenarai laman web baru atau laman web yang baru dikemaskinikan, blog itu sendiri adalah sebuah laman web dan telah menjadi suatu perkara yang baru, yang sentiasa berubah.

No comments:

Post a Comment