Dengan adanya pertumbahan blog percuma dengan pesat, seperti Blogger kepunyaan Google, ia dapat memudahkan sesiapa sahaja di dunia ini untuk mendapatkan blog mereka sendiri. Blogger hanya perlu menggunakan templat dan mendaftar satu akaun, memulakan blog sendiri hanya mengambil masa lima minit sahaja dan kemudian anda telah siap sedia untuk membinanya! Jika anda boleh e-mel dan melayari laman web, maka anda boleh mempunyai blog sendiri. Ia sungguh mudah dan yang paling menarik percuma!
Pada hari ini blog diselenggara oleh syarikat besar dan kecil, dan juga oleh individu id serata dunia. Pada masa kini, masyarakat semua peringkat umur boleh memiliki blog sendiri, malah nenek anda juga boleh memilikinya jika dia mahu. Apa yang perlu dilakukan ialah mendaftar akaun Blogger dan mula menaip tentang keluarga, hobi, binatang kesayangan atau apa sahaja yang mahu diceritakan. Blog keluarga adalah merupakan salah satu cara yang baik untuk keluarga yang saling berhubung antara satu sama lain.
Blog merupakan diari secara dalam talian atau buku catatan yang anda gunakan untuk menerbitkan minda anda. Blog juga boleh menjadi laman web rasmi yang memberi maklumat kepada orang ramai tentang apa saja topik yang boleh anda fikirkan. Blog anda boleh menjadi blog peribadi atau blog profesional mengikut kemahuan anda.
Mmelalui penggunaan templat Blogger yang hebat, anda boleh mengubahsuai rupa bentuk blog yang anda inginkan bagi menepati jenis blog yang dimahukan. Anda juga bebas untuk memiliki ledih daripada satu blog dengan rupa bentuk yang berbeza-beza,bersesuaian dengan topik yang tersendiri. Apa yang paling menarik ialah kedua-dua blog peribadi dan blog profesianal boleh memiliki AdSense yang menghasilkan duit untuk anda!
Dalam talian, buat masa ini terdapat pelbagai topik yang dibincangkan di dalam blog seperti topik tentang politik di tempat kerja, politik dunia perhubungan, hidup berjimat, sukan, agama, kehidupan keluarga, kanak-kanak, haiwan peliharaan keluarga dan apa saja di antaranya. jika anda berminat dengan sesuatu topik, anda akan menemul sebuah blog tentang topik tersebut. Tetapi, jika anda mencari dan tidak menemui topik yang menarik minat anda di dalam blog yang sedia ada, maka mungkin ia boleh menjaqdi topik yang hebat untuk blog anda sendiri dan membuat duit melaluinya!
along
Saturday, 16 July 2011
Sabung
Di internet Sebuah blog mempunyai peranan yang sama seperti program siaran berita televisyen tempatan anda atau seperti surat akhbar dalam cabang media masing-masing. Blog adalah suatu tempat di mana anda boleh pergi bila anda inginkan maklumat yang terkini dan yang menarik, dalam sedarang tajuk yang diminati.
Blog adalah laman web yang sentiasa dikemaskinikan dengan maklumat yang terkini. Tujuan utama blog adalah untuk mendidik dan menghiburkan orang ramai. Sepertimana program berita yang baik pendidikan dan hiburan yang seimbang. Sebuah blog yang baik mengandungi pelbagai isi kandungan yang bernas, yang mengajar anda suatu perkara yang baru dan juga menghiburkan dalam proses tersebur. Untuk memastikan blog anda berjaya, anda mesti memastikan blog anda mempunyai ketiga-tiga ciri tersebut. Blog yang paling berjaya di internet ialah yang mempunyai ciri tersebut yang diolah dengan baik.
blog pertama ku
![]() |
| Add caption |
Pengenalan kepada penulisan blog
Apakah sebenarnya Blog ? Cebisan daripada sejarah penulisan Blog
Dengan perkemdangan Internet kepada keadaan yang sedia ada pada hari ini, kebanyakan webmaster mendapati bahawa pengunjung web ingin mengetahui laman web yang mempunyai berita terkini dan sensasi serta mereka tidak mahu pergi mencari sendiri laman web yang manakah yang baru dikemaskinikan. mereka mahukan suatu tempat di mana mereka boleh pergi dan dapat lihat apa yang baru.
Beberapa cerdik-pandai pengatur cara mula menuliskan log dalam laman web mereka yang memberitahu pengunjung mengenai laman web yang telah dikemaskinikan atau yang mempunyai maklumat terkini. log web ini, sepertimana yang dinamakan pada ketika itu, adalah seumpama sebuah direktori tidak rasmi kepada "apa yang terkini" di internet. Akhirnya log web itu dan teknologi yang menggerakkan mereka berkembang dan berubah menjadi kepada blog yang wujud pada hari ini.
Subscribe to:
Comments (Atom)
